PSS Khai Chee 启智华小资料中心

Matlamat
Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah membudayakan teknopen bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Dasar
1. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
3. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil, dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

Objektif
1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelanjaran dan potensi individu serta sahsiah diri.
2. Menggalakkan pelajar & guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku dan kaedah tradisional sahaja.
3. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
4. Membantu pelajar & guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan & bahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajar-pelajar.
6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

Kemudahan Fizikal
1. Sebuah bilik perpustakaan.
2. Sebuah bilik audio visual.
3. Ruangan Media dan Sumber.
4. Sudut permainan dalaman & bercerita.
5. Sudut pameran dan informasi.



No comments:

Post a Comment